Rabu, 15 Ogos 2012

AL-FATIHAH BUAT ARWAH MUHAMMAD ASYRIF BIN ABDUL BASIT

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم . ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين (1) ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (2) مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين (3) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (4) ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ (5)  صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ  غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ (6) آمين

30 JULAI 2012 / 11 RAMADHAN 1433 tarikh yang membawa detik paling menyakitkan buat aku sekeluarga . Pukul 9 : 54 pm along aku call dan beritahu yang arwah adikku Muhammad Asyrif bin Abd Basit terlibat dalam satu kemalangan jalan raya . Waktu tu bunyi bising sangat , aku tak dapat dengar clear apa along dengan anis cakap . Aku terus berdoa dan berdoa agar tiada apa yang buruk jadi dengan adikku . Tapi itu semua tinggal harapan bila pukul 10 pm aniz call lagi dan cakap arwah dah takde . Aku tak percaya dan aku terus jerit bagi tahu mak dengan bapak kat sini ajak pergi hospital , tak tunggu lama dah . Kami terus bergegas ke hospital . Waktu tu harapan aku menggunung kalau adik aku takde apa-apa . Tapi ini semua ketentuan Allah yang lebih menyayanginya daripada kami . Arwah diambil kembali menghadap Ilahi pada bulan baik , tarikh baik dan juga dengan niat yg baik . Arwah pada waktu tu tengah dalam perjalanan ingin solat terawih . 
Semua orang yang tidak mengalami hal macam ni mungkin boleh cakap sabar , sabar , dan sabar . Tetapi kami sekeluarga terutama mak dan bapak sangat terasa akan kehilangan insan yang terlalu kami cintai dan dia sudah bagaikan RAJA buat kami sekeluarga . Sifat tekadnya ingin bekerja membantu ayah suatu hari nanti , ingin mengubah nasib keluarga kini hanya menjadi kenangan dan tidak kesampaian . Saat aku lihat sekujur tubuh yang ada dalam kenderaan polis hari tu , aku masih berharap kalau ini satu kesilapan dan mayat itu bukanlah adikku arwah Asyrif . Ya Allah , ampuni aku kerana perasaan sedih aku ini Ya Allah . Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah MUHAMMAD ASYRIF Ya Allah . amin
Bila bungkusan hitam dibuka , aku rasa nak pengsan kat situ jugak . Raut wajah adikku , tangannnya , kakinya dan seluruh anggota badannya rosak teruk . Cuba bayangkan perasaan ahli keluarga terutama ibu dan ayah apabila melihat keadaan anak yang telah dibela dari kecil seperti itu . Sakit ! Itu ungkapan paling sesuai saat ini .Waktu tu , pihak forensik hospital memanggil kami sekeluarga untuk berbincang hal arwah dan mereka ingin memasukkan arwah ke dalam peti beku . Mustahil buat kami untuk membenarkan hal macam tu , kami masih bertegas tak mahu arwah dimasukkan ke dalam peti sehingga pihak forensik mengalah dan membenarkan kami menemani arwah sepanjang malam . Melihat raut wajah mak membuat hati aku rasa dicarik2 dan digores menggunakan pisau yang tajam . Pada saat itu , hanya bacaan surah Yaasin dan doa yang dapat kami berikan buat arwah . Kami terlalu menyayangi arwah Asyrif , kami terlalu akrab . tersangat akrab ! tiada teman sebaik keluarga kita sendiri .
Pakaian pertama yang arwah beli sendiri guna duit gaji pertamanya.
Saat ni aku tak boleh berhent keluarkan air mata , sesungguhnya aku amat merinduinya . Terlalu menggunung rindu aku padanya . Hanya Allah yang memahami isi hatiku saat ini .
بِسْمِ للّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد (1) اللهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3)  وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ 4
 
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ  قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ 5

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ . قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ  (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ 6

Bila kenangan lalu datang di fikiran , hatiku mula terasa sayu . Ya Allah . Rasanya aku ingin menangis sepuas-puasnya tapi aku tahu itu hanya akan menyakiti arwah . Biarlah arwah tenang kat sana , gembira ,tersenyum melihat keluarganya . amin
Bisikan suara arwah masih terngiang-ngiang di telingaku , bila dia pujuk aku , bila dia ajak makan , bila dia rebut nak main laptop , bila dia gelak dengan aku . Hanya Allah yang paling mengerti . Adik , sesungguhnya kakak terlalu merinduimu , semoga kita bertemu lagi insyaAllah di Jannah . amin
Raut wajahnya pada saat kematiannya sangat aku ingati , pergelangan tangannya patah , tengkuknya patah , kaki sebelah kanan patah sampai terkeluar tulang . Sayu sangat . Terima kasih dik sebab pernah imamkan solat aku , pernah belikan makanan untuk aku , belanja aku dan semuanyaaa . Maaf sebab kita tak sempat sahur sama-sama tahun ni macam yang aku janji kat kau . aku minta maaf . Al-fatihah 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan